Friday, January 15, 2010


Sila lihat gambar ini dengan teliti sambil membeliakkan bijik mata. Kalau boleh dan berani lagi cuba beliakkan sampai terjojol keluar anak mata.


Hah, apa yang korang nampak?

Okeyy.. sekarang cuba kita terjemahkan dalam bentuk HUSNUZZHAN!

“Dia beratur tu nak beli kupon parking kereta la tu..”

“Itu cina tu bukan melayu. Semalam dia kene ujan pastu baju sume basah. Die pinjam baju member dia. Member dia pulak dah takde baju lain so terpaksa la bagi dia pakai 1 sut baju melayu dengan sampin sekali..”

“Sebenarnya mamat tu datang nak kutip sewa rumah kat cashier yang jaga kaunter tu.”

“Dia tersalah pandang.. dia ingat tu kedai jual toto tilam tu. Almaklumla kelam kabut sikit pasal mak mentua dia tetibe nak datang rumah bermalam barang tige pat malam..”

“Dia ingat nak belikan makanan hamster untuk toto..” (Toto adalah nama hamster seseorang. Siapakah orang ituuu? Hahaha.)

“Dia ingat kedai ni ada jual barang-barang sukan.. sports toto kan..”

“Masa tu dia kena pukau. Asalnya dia nak pergi masjid imamkan semayang jumaat tapi ada orang dengki kat dia dan guna-gunakan dia untuk tolong belikan nombor eko. Kesian pak imam..”

Ada siapa-siapa lagi nak husnuzzhan dengan pakcik ni? Sila berbuat demikian dengan menambahkan ayat baik sangka anda di ruangan komen. Saya tahu anda semua memang baik kerana suka berbaik sangka walaupun dah terang-terang tak boleh nak baik sangka.

No comments:

Post a Comment