Saturday, January 30, 2010




Saturday, January 30, 2010
Hukum Rejam Bagi Penzina (Gambar)
gambar 1.Mayat dibawa keluar
gambar 2.Mayat direjam
gambar 3.Penzina mengucap dua kalimah syahadah sebelum hukuman dilaksanakan.

Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:

Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt :

“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”

Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :

a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)

P/S : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment