Saturday, January 9, 2010

Belada seorang pendosa?

(Err, maaflah, bunyi macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman kononnya, hampehkan?),

Semalam, ketika aku melangkah pulang dari surau selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah, (koft koft: batuk ler pulak ) tiba tiba kilat pancar memancar di dada langit, membelah kala kegelapan malam, namun aku tetap meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah, walaupun di jalanan, terpaksa aku membaca doa “dari Allah kami datang, kepada Allah kami pulang” tak kala di sergah guruh dan petir.

Tiba tiba, hujan turun dengan lebatnya, lantas aku OFFkan Handphone dalam poket kanan, dan terus berjalan meredah hujan di kala kegelapan malam, best jugak mandi hujan macam zaman budak budak dulu, tapi takdelah aku nak berlari sambil menari, he he.., aku berjalan sahaja seolah olah sedang bersebati dengan alam…

Di jalanan, terlihat aku sepasang kekasih yang berjalan sambil berpelukan di bawah payung.., lantas aku belajar bersangka baik, mereka mungkin baru kahwin dan dalam perjalan nak beli susu anak barangkali..,

Di tambah dengan hujan lebat yang membasahi seluruh tubuhku, lantas hatiku terusik dengan kesyahduan lagu deruan hujan dari alam ciptaan Tuhan, aku kemudian menjadi lelaki sentimental, yang secara tiba-tiba menjadi hiba dan menangis, menangis dalam hujan.. (err, maaflah sekali lagi, macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman konon, pedulikan aku, biarkan aku menangis)

Mungkin aku tidak menangis atau mungkin sedih sahaja, tapi sebab hujan sudah menyerbu lalu mencucuri pipi dengan air bah, maka, kira macam menangislah jugak.., lantaklah..

Aku menangis kerana secara tiba tiba, hatiku terasa sedih sangat selepas terbayang di anak mata ini, akan maksiat ummat yang mengambil kesempatan sempena hujan lebat di malam hari untuk berzina atau membuat dosa lain..

Mereka yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Lalu aku bermonolog.. menyanyikan lagu belada seorang pendosa, sambil diringi dengan bunyi hujan yang lebat dan air mata..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik…, jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, mungkin taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku...

Habis sudah monolong, aku tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup, dan alam masih lagi menangisi dosa ummat yang belum berniat mencari taubat..

“Abang, kenapa ni?"

Tanya isteri aku walaupun dah tahu jawapannnya..

“abang menyahut kempen mengurangkan suhu global dunia, kempen jimatkan air, woha!’

******

Kepada mereka yang belum berzina, tapi ada niat nak berzina, silalah batalkanlah niat kerana nikmat bersetubuh tidaklah sehebat yang penzina lain gambarkan, berita dari yang dah takde dara, adalah dengan sengaja melebih lebihkan cerita tentang nikmat zina sedangkan penyesalannya bagi mereka yang masih ada baki iman, adalah lebih menderita dari nikmat 0.03 saat itu, lagipun siapa yang suka isterinya dizinai?, atau anak perempuanya di zinai?, atau adik perempuanya dizinai? atau ibunya di zinai?., siapa?

Lagipun dalam hubungan badan, wanita tak akan dapat nikmat bersetubuh jika tak inzal, dan lelaki akan rasa ‘lelaki lembik’ jika dia seorang sahaja yang inzal sedangkan pasangannya terkial kial mencari bahagia.., siksa tidak mencapai nikmat ini akan menghambarkan hubungan badan dan kebiasannya pasangan berzina akan menderita kerana masing masing mulai mencari pasangan lain untuk kembali kepada titik inzal, lalu lelaki yang lembik mencari perempuan lain yang ‘mudah inzal’ dan wanita yang tak inzal mencari lelaki lain yang lebih ‘power’…, lalu menderitalah ummat dalam mencari titik inzal sedang dosa tertulis adalah sama arahnya iaitu neraka..

Tak payah aku nak cerita lebih lebih dari segi azab, sedangkan dari segi moral, banyak hati yang akan terluka, terutama bakal suamimu yang menjadi mangsa, lagipun, nikmat sebenar bersetubuh adalah selepas kahwin, kerana korang masih boleh sebut nama Allah dengan syukur selepas inzal, dan membaca tasbih kafarah dengan aman dan tenteram..

Lagi satu, pengalaman isteri diinzalkan suami, adalah satu kenangan yang bakal melupakan segala masalahrumah tangga dan jalan kembali berdamai yang indah menuju pelukan yang di cemburui iblis..

Akhir kata, takutlah Allah dalam perkara zina!

Ps: Cerita derita zina di ambil dari sahabat yang telah tersalah laku, penulis tiada pengalaman zina dan takut salah faham pulak bakal memantu aku nanti, he he

******

Malam itu, di celah ketiak isteriku, dan ketika hujan di luar jendela memukul deras atap rumah, fikiran ini terbayang kepada pendosa yang sedang berbuat maksiat sempena hujan, iaitu pendosa yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendegar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi punujuk arah menuju maksiat.. oh!

Dan sekali lagi, aku teringat akan bait bait monolong dalam hujan..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik.., jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku..


SEKIAN.

Ps: Untuk lebih syahdu, korang boleh melagukan monolog ini dengan gaya ala-ala Bimbo melagukan "belada seorang biduan" err, tang lirik tu, korang pandai-pandailah susun..

Di petik dari blog KERETA MAYAT

No comments:

Post a Comment