Saturday, January 30, 2010

PENTINGNYA SUNNAH RASULLULLAH SALLALLAHUALAIHIWASALLAM

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
Posted by azharjaafar



Saturday, January 30, 2010
Hukum Rejam Bagi Penzina (Gambar)
gambar 1.Mayat dibawa keluar
gambar 2.Mayat direjam
gambar 3.Penzina mengucap dua kalimah syahadah sebelum hukuman dilaksanakan.

Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:

Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt :

“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”

Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :

a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)

P/S : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.

Wallahu'alam

Monday, January 18, 2010

Friday, January 15, 2010


Sila lihat gambar ini dengan teliti sambil membeliakkan bijik mata. Kalau boleh dan berani lagi cuba beliakkan sampai terjojol keluar anak mata.


Hah, apa yang korang nampak?

Okeyy.. sekarang cuba kita terjemahkan dalam bentuk HUSNUZZHAN!

“Dia beratur tu nak beli kupon parking kereta la tu..”

“Itu cina tu bukan melayu. Semalam dia kene ujan pastu baju sume basah. Die pinjam baju member dia. Member dia pulak dah takde baju lain so terpaksa la bagi dia pakai 1 sut baju melayu dengan sampin sekali..”

“Sebenarnya mamat tu datang nak kutip sewa rumah kat cashier yang jaga kaunter tu.”

“Dia tersalah pandang.. dia ingat tu kedai jual toto tilam tu. Almaklumla kelam kabut sikit pasal mak mentua dia tetibe nak datang rumah bermalam barang tige pat malam..”

“Dia ingat nak belikan makanan hamster untuk toto..” (Toto adalah nama hamster seseorang. Siapakah orang ituuu? Hahaha.)

“Dia ingat kedai ni ada jual barang-barang sukan.. sports toto kan..”

“Masa tu dia kena pukau. Asalnya dia nak pergi masjid imamkan semayang jumaat tapi ada orang dengki kat dia dan guna-gunakan dia untuk tolong belikan nombor eko. Kesian pak imam..”

Ada siapa-siapa lagi nak husnuzzhan dengan pakcik ni? Sila berbuat demikian dengan menambahkan ayat baik sangka anda di ruangan komen. Saya tahu anda semua memang baik kerana suka berbaik sangka walaupun dah terang-terang tak boleh nak baik sangka.

POIE JORAM TOi...






cuti sempena hari keputeraan Yam tuan....aku dan keluarga poie lah jeram toi...dah lama tak terapi ngan air terjun...fuh...sejuk gila....tapi, apa2 pun mmg best...kalau kengkawan dtg rumah aku mmg aku nak bawak mandi kat sini.......mmg best...

Wednesday, January 13, 2010

Bertalaqqi





Bertalaqqi dengan guru al quran yang bersanat...walaupun kita rasa dah ok tapi kita kena belajar dan terus belajar..

"khairukum man taallamal Quran wa a'llamahu"

Monday, January 11, 2010


Nak cari kayu | Lawak Seorang yang Ikhlas |

Nak cari kayu nak cari kayu, adoiii!!! bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Bercakap biarlah dari hati yang ikhlas dan berfikir jauh... Jom! layan cerita dongeng nih. Terhibur pula rasa hati bila terbayang gelagat si pencari kayu nih...

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di
tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam
sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang
merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si
pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu
pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke
dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak
emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari.
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak
dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak
dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai
ini",jawab si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi
milik si pencari kayu. "Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam
sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi
kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.
Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

*******

Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai
menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke
dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu
atas kehilangan isteri tercinta.
Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si
pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke
dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya
Siti Nurhaliza.

"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes",jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...",belum
sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu
berkata,"Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah
faham".

"Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!". terang si pencari kayu ikhlas.

hehehehe! amacam nak ke jadi macam dia? jujur dan fikir jauh dalam membuat keputusan. Renung²kan dan semoga terhibur...

dah poning....

Salam
Dulu
Kalo dengar berita kat radio biasa diorang akan ucapkan 'Assalamualaikum dan Salam Sejahtera'. So, kita akan jawab 'Walaikumusalam dan Salam Sejahtera'.

Sekarang
Dengar radio, pembaca berita sekarang akan bagi salam 'Salam 1 Malaysia'. Macam mana mau jawab???


Apepun, 'Assalamualaikum' (Sejahtera Ke atas Kamu) adalah yang terbaik. Xyah nak tukar-tukar. Mendoakan kesejahteraan orang yan kita temui. Semoga semuanya sejahtera dan harmoni.



PSP : Semoga kalian semua jua sejahtera sentiasa hendaknya.

Sunday, January 10, 2010

Benarkah Kerja itu Ibadah?

Saat sedang bekerja, apakah engkau pernah mengajak kawanmu pergi sholat berjemaah, lalu dia menjawab…alah, kerja pun ibadah!
Benarlah kerja pun ibadah...tapi ada tahap2 dalam ibadah..mari duduk yang tenang karena sedikit aku ingin bercerita…

"Tidaklah Allah ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah."(Quran)

Ibadah itu terbagi kepada empat tahap:

1. Ibadah tahap NABI
Maksud: Mengajak orang kepada Allah,

Cth: Daqwah, Tazkirah, azan, nasihat, ceramah dll
Dalil:: Sesungguhnya Kamu sebaik2 Umat mengajak pd makruf… (al – Quran)

2. Ibadah tahap KHALIFAH
Maksud: berakhlak baik dengan org (makhluk) karena Allah.

Cth: Adil, sedekah, senyum, kasih sayang, hormat dll
Dalil: Sesungguhnya manusia itu dicipta sebagai khalifah (al-Quran)

3. Ibadah tahap MALAIKAT
Maksud: Buat hubungan dengan Allah

Cth: Haji,puasa, solat,zikir,mengaji dll.
Dalil: Manusia dapat mencapai lebih tahap malaikat atau bawah tahap syaithan (hadith)

4. Ibadat tahap BINATANG
Maksud: mencari rezeki sambil berzikir.

Cth: Makan,minum,seks, cari tempat teduh dll.
Dalil: Burung2 keluar perut kosong, balik perut penuh sambil berzikir kepada Allah(hadith)

Nah!!! sekarang kau sudah tahu maksud ibadah, memang kerja itu ibadah tapi ibadah tahap binatang, memang wajib dilakukan tapi pandai2 lah kau membagi waktu sebab itulah turun surah ‘demi masa’...

Belum juga faham?
Ada seorang sahabat Nabi tengah buat rumah (ibadah tahap binatang) , buat tempat berteduh...

Tiba2 dengar azan lalu berhenti : (Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal sebuah batu saja lagi yang akan diletakkan untuk selesaikan rumah itu, lalu org munafik tegur, :
“kenapa tak selesaikan,satu batu saja lagi…”

Sahabat tadi tidak lantas marah (ibadah tahap khalifah)

Dan sambil mendekati org itu lantas berkata :
“aku takut nanti Allah bertanya di akhirat, mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?” dan ajak org itu pergi ke masjid…(ibadat tahap nabi: da'wah)

Belum juga faham lagi?

Kalau kau sedang bekerja... itu adalah ibadah tahap binatang, wajib kau cari rezki utuk anak2.

Tapi bila sudah dengar azan wajiblah kau pergi ke masjid, itu ibadah tahap malaikat.

Dalam perjalanan ada org lemas minta tolong, apabila tak ditolong jadi mayatlah pula nanti dia, maka kau wajib tolong dia ,itu ibadah tahap khalifah

Dan kau dapati dia org islam dan soheh tak sholat lagi, kau ajak dia sholat berjemaah sekalian....haa …itulah ibadah tahap nabi....bukan mencapai tahap nabi, tetapi ibadah tahap Nabi.-iaitu berdaqwah, mengerti?

kesimpulannya: Bekerja adalah ibadah tahap Hewan (binatang)

Belum juga faham lagi?

Nanti bila engkau sudah jadi mayat kau pasti faham!!!…insyaAllah.

---------------------

siapa ?

Dialah musuh Nombor satu ugama!!!!!

Siapa?

Baiklah, boleh rujuk surah yassin ayat 60..

Allah bagitahu musuh sebenar kita adalah Setan!!!!

dan Dalam diri setiap manusia ada lagi 3 musuh yang tak kurang hebatnya iaitu:

1. Nafsu yang tidak pernas puas.
(ada motor nak kereta, ada kereta nak helikopter, ada helikopter nak prking kat mana?)

2. Syahwat yang sentiasa membara
(nak bersetubuh sahaja, nak onani, nak oral seks, nak kahwin ramai!!!).

3. Keperluan dunia yang membebankan.
(bil api, bil api, hutang kereta, rumah, tanah, kubur!!!)

Kemudian, Untuk Allah menguji siapakah di antara manusia itu yang paling bertaqwa, paling baik, paling beriman dan paling soleh, maka Allah benarkan Syaitan yang akan menggunakan ketiga tiga perkara di atas untuk menyesatkan manusia.

Maka berhati-hatilah dengan syahwat, Nafsu dan dunia kerana ini adalah senjata utama syaitan dalam menjahanamkan hari akhirat ummat manusia!!!

Namun, alasan di goda syaitan tidak akan di terima oleh Allah di akhirat kelak, kerana yang berbuat dosa dan maksiat adalah diri sendiri, yang tidak solat adalah diri sendiri, yang menikmati bestnya pancutan air mani ketika berzina, adalah diri sendiri, yang hilang haus ketika munum arak adalah diri sendiri,yang menikmati makanan haram adalah diri sendiri, yang menyakti jiran, menyusahkan tetamu, adalah diri sendiri, yang meninggalkan solat jemaah adalah diri sendiri!!!, semuanya adalah diri sendiri!!! (syaitan hanya bagi shor sahaja..)

Dan Allah akan azab KAMU!!!! KAMU!!!! KAMU!!!!!
(selamatkanlah kami dari AzabMu YA Allah!!!!)

Jadi, kesimpulanya, MUSUH SEBENAR adalah :

DIRI AKU SENDIRI!!!!!
(Diri engkao sendiri!!!!!!)

Jika sesiapa yang merasakan ada musuh yang lebih merbahaya selain dirinya sendiri, maka dia adalah orang yang belum kenal akan dirinya sendiri,
Dan sesiapa yang tidak kenal akan dirinya sendiri, sesungguhnya dia belum kenal Allah!!!
Dan sesiapa yang tak kenal Allah, maka dia akan berbuat sesuka hati yang mana kelak akan menghacurkan dirinya sendiri…..!!!!!

Saturday, January 9, 2010

Tazkirah

aku nak tulis bab Salam.....nabi pesan pada kita..mayshurkan kamu akan salam..
Islam ajar kita berkaitan hubungan kita sesama manusia iaitu bila berjumpa bagi salam. telah ditentukan salam itu dgn perkataan atau perbuatan...perkataan ni mcm mana, mcm yg kita ucapkan tu la...Assalamualikum..dengan perbuatan pulak mcm mana? dgn perbuatan tu hulurkan tangan le...

Masalah?

hari ni kita lebih bangga ucap salam mcm mat saleh..morning la..hallo la...mcm2 stail..kita lupa nabi pesan kt kita sebarkan salam krn dengan slm itu akan melahirkn kasih sayang antara kita...salam kita tu doa...nabi kata akhir zaman nanti salam hanya berkisar pada yg kita kenal je....yg tak kenal kita tak bg salam...betul tak?kadang2 golongan ustaz2 pun sama..jadi aku pesal kt diri aku dan sape2 yg baca blog aku ni...kalau kita jumpa sesama Islam jgn lah berat mulut bg salam...walaupun salam tu sunat tapi yg memulakan salam lebih pahala dari yg menjawab salam...kalau kita bg salam pun bukan org marah pun ...betul tak...

lagi satu bab hulurkan salam dengan tangan...
sahabat nabi bg tau mcm mana cara nabi salam..
nabi bila salam tak akan lepaskan tangan melainkan sahabat yg akan lepaskan tangan dahulu....dan nabi akan lihat mata serta senyum sambil bersalam...salam tangan kanan je...tangan kiri simpan le...tangan kiri hanya layak untuk basuh berak...menguap tutup dgn belakang tangan kiri..memegang sandel atak kasut la....
jadi kalau kita salam tak pandang muka sahabat kita menunjukkan kita ni sombong...org yg sombong mewarisi sifat iblis....iblis ni dia kufur sbb apa? sbb sombong la...allah suruh sujud sbg hormat nabi adam, tapi dia tak nak...sbb apa dia tak nak? sbb dia rasa dia lebih mulia dari Nabi adam sbb dia kata aku dicipta dari api sedangkan adam dari tanah,...dia sombong sebabtu lah dia jd kufur...ingkar dgan arahan Allah..jadikalau ita sombong sama la mcm iblis....

jadi kalau kita salam tu....senyum2 lah dah genggam erat tangan sahabat kita tu,...tgk mata...baru lah ikut sunnah nabi...ni tak...salam main cuit je...ikut sape? Yahudi ! Nasrani !Majusi!..kita ada nabi ...kita ikutlah sunnah nabi...nabi kata "man ahya sunnati faqod akhbani ...wa man akhbani kaana maani fil jannah..."

kata syg nabi tapi tak nak ikut apa yg nabi cakap, apa yg nabi buat...tul tak? krang semua dah Ok...aku je yg tak ok...sbb tu aku tulis ni utk ingatkan diri aku.....

Wassalam....

Belada seorang pendosa?

(Err, maaflah, bunyi macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman kononnya, hampehkan?),

Semalam, ketika aku melangkah pulang dari surau selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah, (koft koft: batuk ler pulak ) tiba tiba kilat pancar memancar di dada langit, membelah kala kegelapan malam, namun aku tetap meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah, walaupun di jalanan, terpaksa aku membaca doa “dari Allah kami datang, kepada Allah kami pulang” tak kala di sergah guruh dan petir.

Tiba tiba, hujan turun dengan lebatnya, lantas aku OFFkan Handphone dalam poket kanan, dan terus berjalan meredah hujan di kala kegelapan malam, best jugak mandi hujan macam zaman budak budak dulu, tapi takdelah aku nak berlari sambil menari, he he.., aku berjalan sahaja seolah olah sedang bersebati dengan alam…

Di jalanan, terlihat aku sepasang kekasih yang berjalan sambil berpelukan di bawah payung.., lantas aku belajar bersangka baik, mereka mungkin baru kahwin dan dalam perjalan nak beli susu anak barangkali..,

Di tambah dengan hujan lebat yang membasahi seluruh tubuhku, lantas hatiku terusik dengan kesyahduan lagu deruan hujan dari alam ciptaan Tuhan, aku kemudian menjadi lelaki sentimental, yang secara tiba-tiba menjadi hiba dan menangis, menangis dalam hujan.. (err, maaflah sekali lagi, macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman konon, pedulikan aku, biarkan aku menangis)

Mungkin aku tidak menangis atau mungkin sedih sahaja, tapi sebab hujan sudah menyerbu lalu mencucuri pipi dengan air bah, maka, kira macam menangislah jugak.., lantaklah..

Aku menangis kerana secara tiba tiba, hatiku terasa sedih sangat selepas terbayang di anak mata ini, akan maksiat ummat yang mengambil kesempatan sempena hujan lebat di malam hari untuk berzina atau membuat dosa lain..

Mereka yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Lalu aku bermonolog.. menyanyikan lagu belada seorang pendosa, sambil diringi dengan bunyi hujan yang lebat dan air mata..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik…, jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, mungkin taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku...

Habis sudah monolong, aku tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup, dan alam masih lagi menangisi dosa ummat yang belum berniat mencari taubat..

“Abang, kenapa ni?"

Tanya isteri aku walaupun dah tahu jawapannnya..

“abang menyahut kempen mengurangkan suhu global dunia, kempen jimatkan air, woha!’

******

Kepada mereka yang belum berzina, tapi ada niat nak berzina, silalah batalkanlah niat kerana nikmat bersetubuh tidaklah sehebat yang penzina lain gambarkan, berita dari yang dah takde dara, adalah dengan sengaja melebih lebihkan cerita tentang nikmat zina sedangkan penyesalannya bagi mereka yang masih ada baki iman, adalah lebih menderita dari nikmat 0.03 saat itu, lagipun siapa yang suka isterinya dizinai?, atau anak perempuanya di zinai?, atau adik perempuanya dizinai? atau ibunya di zinai?., siapa?

Lagipun dalam hubungan badan, wanita tak akan dapat nikmat bersetubuh jika tak inzal, dan lelaki akan rasa ‘lelaki lembik’ jika dia seorang sahaja yang inzal sedangkan pasangannya terkial kial mencari bahagia.., siksa tidak mencapai nikmat ini akan menghambarkan hubungan badan dan kebiasannya pasangan berzina akan menderita kerana masing masing mulai mencari pasangan lain untuk kembali kepada titik inzal, lalu lelaki yang lembik mencari perempuan lain yang ‘mudah inzal’ dan wanita yang tak inzal mencari lelaki lain yang lebih ‘power’…, lalu menderitalah ummat dalam mencari titik inzal sedang dosa tertulis adalah sama arahnya iaitu neraka..

Tak payah aku nak cerita lebih lebih dari segi azab, sedangkan dari segi moral, banyak hati yang akan terluka, terutama bakal suamimu yang menjadi mangsa, lagipun, nikmat sebenar bersetubuh adalah selepas kahwin, kerana korang masih boleh sebut nama Allah dengan syukur selepas inzal, dan membaca tasbih kafarah dengan aman dan tenteram..

Lagi satu, pengalaman isteri diinzalkan suami, adalah satu kenangan yang bakal melupakan segala masalahrumah tangga dan jalan kembali berdamai yang indah menuju pelukan yang di cemburui iblis..

Akhir kata, takutlah Allah dalam perkara zina!

Ps: Cerita derita zina di ambil dari sahabat yang telah tersalah laku, penulis tiada pengalaman zina dan takut salah faham pulak bakal memantu aku nanti, he he

******

Malam itu, di celah ketiak isteriku, dan ketika hujan di luar jendela memukul deras atap rumah, fikiran ini terbayang kepada pendosa yang sedang berbuat maksiat sempena hujan, iaitu pendosa yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendegar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi punujuk arah menuju maksiat.. oh!

Dan sekali lagi, aku teringat akan bait bait monolong dalam hujan..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik.., jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku..


SEKIAN.

Ps: Untuk lebih syahdu, korang boleh melagukan monolog ini dengan gaya ala-ala Bimbo melagukan "belada seorang biduan" err, tang lirik tu, korang pandai-pandailah susun..

Di petik dari blog KERETA MAYAT

teratak Jannah

ruang anak2 belajar melompat....
tempat santai...
lanskap yg dah lama tak up date..
klasik..
kolam buatan sendiri...

Sunday, January 3, 2010

Menguap menurut Islam


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah! '.



Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orangorang
yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap

hari2 terakhir sebelum buka sekolah

wife belanja makan KFC sempena hari jadi Jannah yang ke 3 ....4.1.2010
eeemmmmmm.....sehingga menjilat jari...
makan jgn tak makan..

sebelum makan mandi laut dulu....
mandi manda di PD
bestnya.......


bejalan sakan aku dan keluarga cuti sekolah ni......Duit?........jangan cakap lah........macam air je mengalir.....