Saturday, February 27, 2010

maulid nabi


syeh Fuad kamaludin almaliki


yayasan sofa telah mengadakan maulidnya pada 27.2.2010 bersamaan 13 rabiulawal 1431h.malam tu syeh dari maghribi telah menijazahkan sanad khusus hadis 40 himpunan imam nawawi r.a. semoga majlis diberkati Allah...kita sbg Umat nabi s.a.w jagan lupa berselawat keatasnya sbg tanda cinta dan rindunya ita kepada baginda.dan jagan pula kita tinggal kan sunnahnya.

Tawan puncak gunung datok





semalam aku gi mendaki gunung Datuk kat Rembau yg ketinggiannya 2900 kaki dari aras laut....mmg mencabar betul..dua org anak aku pun ikut..akhirnya sampai puncak setelah 13 tahun menetap kat Rembau ni lah kali pertama sampai.

Maulidur Rasul




Minggu ni memang sibuk dengan maulid nabi.malam Sabtu baru ni kat Pondok Tampin buat majlis Maulid mula dari pagi jumaat baca burdah sambung malam baca Di'baie dan sambung baca kitab sirus salikin berkaitan akhlak nabi oleh Tuan guru ust Rauf bin Nurin Al bahanji al-Aleey.

Thursday, February 25, 2010

RUKUN SEMBAHYANG JEMA'AH.

Ustaz, minta tolong detailkan lagi tentang rukun berjemaah solat .
Kemudian: Jika keadaan surau yang bahagian jemaah lelaki & perempuannya dipisahkan oleh dinding, adakah jemaah perempuan itu tidak boleh berimamkan imam lelaki? Bagaimana if suara imam lelaki itu cukup jelas & mengatasi suara imam P? Perlukah jemaah perempuan membuat jemaah sendiri?

Jawab:
Rukun Qudwah ( sembahyang berjemaah) 10 perkara :

1.Bersatu tempat, salahsatu syarat bersatu tempat adalah 1,BOLEH SAMPAI ke imam atau saf didepan dan 2,MELIHAT atau MENDENGAR suara imam atau mubaligh..
Maka untuk soalan , jawabannya, tidak boleh jemaah makmum perempuan berjemaah dengan jemaah lelaki sebab difardhu taqdirkan sekira-kira, tidak boleh lalu/sampai makmum kepada imam atau kepada makmum lelaki, sekalipun suaranya boleh dengar. Dinasihatkan, bukalah sedikit bahagian hadapan dinding/tabir kain yang memisahkan, sekadar boleh dilalui sekalipun orang perempuan takkan pergi kesitu , demi untuk mengesahkan sembahyang jemaah perempuan yang disebelah atau dibelakang jemaah lelaki atau untuk memberi peluang mereka berjemaah sekali dengan jemaah lelaki. wallahu a'lam.
Soalan tambahan: bagaimana pula jika dimasjid.
Jawab:
Dimasjid tidak disyaratkan boleh lalu dan sampai menurut cara biasa. Maka "Sah" sembahyang jemaah perempuan jika ditutup dan didindingkan dengan tabir kain atau kayu sekalipun, asalkan ade pintu, walaupun pintu berada dibelakang makmum perempuan atau tertutup, asalkan masih disekitar dalam masjid.

2.Sama aturan/ cara kedua sembahyang imam dan makmum. Contohnya tidak boleh berjema'ah antara sembahyang gerhana dengan zohor .

3.Mengikut semua perbuatan imam, maka takbir makmum mestilah kemudian dari takbir imam, tak boleh terdahulu dan terlambat 2 rukun fi'li dari imam.

4.Tidak berlawanan dengan imam, pada sunat yang keji jika tidak dilakukan sedangkan imam melakukannya contohnyai sujud sahwi, atau sunat yang keji jika dilakukan sedangkan imam tidak melakukannya, contohnya sujud sejadah.

5.Berdiri makmum mesti terkebelakang dari imam.

6.Berniat berjemaah. sekurang-kurangnya sebelum turun ruku'.

7.Sembahyang imam sah menurut i'tikad makmum.

8.Sembahyang imam bukan jenis yang kena qada .

9.Tidak berimam dengan makmum.

10.Imam bukan dari martabat yang rendah dari makmum, misalnya imam bukan perempuan, sedangkan makmumnya lelaki.

11. Tidak berimamkan imam yang ummi ( bacaan rukun qaulinya cedera / batal bacaannya) , melainkan jika makmum juga ummi.

12. Mengetahui pergerakan imam , samada melihat sebahagian saf makmum didepan atau berdiri setentang dengan saf dikiri atau kanan atau mendengar suara imam atau mubaligh.

rujuklah dan belilah buku Ustaz Muhammad Saleh bin Haji Ahmad,,, bekas pensyarah Jabatan usul fiqh u.m, ... terjual dipustaka hafiz wisma yakin kl.. tajuknye..{Panduan Solat Berjemah dan Solat Musafir ( jamak dan qasar)}.. satu huraian menurut mazhab Shafie r.a .. cetakan Pustaka Haji Abdul Majid. cover warna merah . Insyallah puas le hati..tapi tulisan jawi le pulak..
Posted by pondokTampin at 10:23 AM 2 comments

Wednesday, February 17, 2010

Dunia di tangan, bukan di hati?

Allah s.w.t Maha Adil yang telah meletakkan kejayaan manusia hanyalah dalam agama iaitu sejauhmana kita dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w disitulah kita akan berjaya. Orang kaya, orang miskin, orang muda, orang tua, orang bandar, orang kampung, orang Melayu, orang Pakistan, orang Arab dan lain-lain akan berjaya jika bawa agama dalam hidup. Malah amatlah malang jika manusia cuba menjauhkan diri daripada agama atau tidak mahu amal agama. Ikan boleh hidup selamamana mendapat oksigen yang berada dalam air. Kehidupan ikan hanyalah dalam air dan beliau tidak boleh hidup di daratan yangmana bukanlah tempat yang Allah s.w.t ciptakan untuk beliau. Apabila ikan tidak mahu untuk berada dalam air maka beliau insyaAllah akan mati. Begitulah kehidupan manusia, jika ambil agama maka akan berjaya tetapi sebaliknya jika tidak mahu ikut cara hidup agama Islam maka ia akan gagal. Oleh itu untuk berjaya, kita perlu ikut orang yang telah berjaya yang mana mereka orang yang terdahulu iaitu para ambia dan sahabat-sahabat nabi s.a.w.

Kita perlu sedar bahawa dunia ini merupakan tempat ujian. Harta kekayaan dan kemuliaan di dunia bukanlah sesuatu yang harus dibangga-banggakan. Kelaparan dan kemiskinan juga tidak harus dianggap sebagai satu kehinaan. Kita kena sedar bahawa ujian bagi pemilik harta adalah samaada kita bersyukur atau tidak. Ujian bagi orang miskin ialah samaada ia dapat bersabar atau tidak. Sebenarnya ujian harta adalah lebih sukar daripada ujian kemiskinan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat lulus dalam ujian harta dan kebanyakkannya gagal. Oleh sebab itu ujian dari segi harta adalah lebih keras. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku tidak berapa takut akan kemiskinan dan kelaparan menimpa kamu; tetapi aku khuatir dunia dan nikmat-nikmatnya akan berkembang ke atas kamu dan kamu terpengaruh dengannya sepertimana orang-orang sebelum kamu yang telah terpengaruh lalu kamu pun dimusnahkan sepertimana mereka telah dimusnahkan”.

Jadi sangatlah mustahak kita semua untuk selamatkan diri daripada fitnah ini(harta). Begitu juga dengan kesempitan kerana ia satu ujian yang perlu kita menahan dengan sabar dan tabah.

Wahai pembaca sekalian, ya mungkin juga ahli keluarga aku, dunia sememangnya kita boleh cari tetapi kita tidak boleh meletakkan dunia itu dalam hati kita. Cuba kita renungkan kehidupan seharian kita yang mana banyak meletakkan kepentingan dunia lebih mengatasi akhirat. Lumrah kehidupan apabila banyak kita berusaha untuk sesuatu perkara maka kecintaan terhadap perkara tersebut terbuku di dalam hati kita tanpa kita sedari. Contoh hari ini kita berlumba-lumba untuk mencari duit yang kononnya dapat memberikan kita kebahagiaan, kesenangan tetapi kita lupa yang bagi kesenangan dan kebahagiaan adalah Allah s.w.t. Tidak salah kita untuk mencari keperluan dunia tetapi kita perlu ingat sejauhmana yang telah kita usahakan untuk perkara dunia dan akhirat. Adakah untuk dunia lebih mengatasi akhirat?

Antara bukti dunia telah terbuku di dalam hati kita ialah dalam solat. Jika dalam solat kita masih ingat perkara dunia, maka sebenarnya dunia sedang mendiami di dalam hati kita. Kita patut risau dan sedih perkara mcm ni. Tanda lain bila hati kita cinta pada dunia apabila berlaku segala kekurangan dalam perkara dunia maka kita akan sedih atau menangis. Hilang wang rm27 sangat sedih, cari merata tempat, gelisah dan tanya orang kot-kot ada orang jumpa. Tapi untuk akhirat dan agama, tidak solat jemaah tidak rasa bersalah pun, sedih pun tidak. Hal ini semua berkait dengan iman. Apabila kebesaran Allah ada dalam hati, cinta pada perintah Allah mengatasi segala-galanya tetapi sbaliknya jika kebesaran makhluk ada dalam hati, maka cinta pada dunia akan mengatasi segala-galanya. Sememangnya kita tidak mampu untuk mengumpul dua cinta di dalam hati.

“Ya Allah, leraikan dunia yang mendiam di dalam hati aku kerana di situ tidak aku mampu mengumpul dua cinta. Hanya cintaMu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang aku bunuh”

Wednesday, February 10, 2010