Saturday, October 16, 2010

Upah Haji?

COPY DARIPADA BLOG KERETA MAYAT
(Lagu latar entry ini: Panggilan Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah,Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..)

Lepas solat, ketika melewati pintu surau untuk pulang, aku terlihat papan kenyatan surau dipenuhi iklan “upah Haji”..

Anak aku si H yang ikut sama solat, bertanya:

“Ayah, 'Upah haji' tu apa?”

“marilah kita naik kereta dulu, dalam kereta ayah cerita”

Tapi dalam kereta, aku lupa nak bercerita, sebaliknya, aku menyanyi pula.., dan buat korang yang nak tahu apa itu upah haji, eloklah tanya budak tingkatan empat atau rujuk buku teks mereka bab 13, ada cerita bab haji dan bab upah haji.

Sekian..

Cerita Tambahan

Anak anak cepat belajar, ketika aku mengantuk dalam kereta, kadang kadang aku sengaja menyanyi dengan nada suara yang kuat akan lagu yang aku ingat-ingat lupa seperti lagu Khatimah Cinta - 6ixth Sense:

“Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

“Biarku bawa seluruh cintamu, Ku dakap dalam tidur panjangku..”

Bila sampai rumah, dalam kesibukkan berselisih dengan anak ketika buat kerja kerja rumah sempena tolong bini setahun tiga kali, terdengar si N, anak perempuan umur 4 tahun menyanyi:

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Wow! Budak budak cepat belajar, dan aku bersama bini gelak sebab si anak menyanyi dengan pelat..

“Susahlah susah”...

Yang lebih lawak, bila si abang, H umur 7 tahun dan juga abang A umur 6 tahun akan membetulkan kesilapan dalam lirik lagu si adik N..,

“Bukan ‘SuSahlah suSah’, orang ‘SuDahlah suDah’” kata abang A sembil mencebik bibir,

Tapi si N dengan selamba berkata, “biarlah..,” lalu menyanyi kembali,

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Oleh sebab adiknya tak ikut cakap, maka si A juga akan menyanyi dengan lirik yang betul:

Adik A: “Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Adik N: “Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Bini aku: “Sudahlah sudah menyanyi tu, pergi mandi!”

Aku: Ha ah, baik korang mengaji dan betulkan tajwid!

Woha!

Keretamayat dan Lagu Merapu

Di malam hari, ketika aku sedang berguling dengan bini diruang tamu depan TV, terdengar anak aku Si N, si A, dan si H bermain-main sambil menyanyi..

Aku gelak sambil berguling dengan bini kerana lirik yang anak aku menyanyi adalah ikut lirik yang aku ubah dalam kereta:-

Antara lagu yang buat aku berguling dengan bini, adalah lagu ni:-

Tanya sama mayat
(ikut lagu tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa kamu tinggal
Nanti Jawab Mayat
Harta dan waris

Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Co2
Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin

Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

Co3
Tanya sama Mayat
Siapa Nabi kamu
Apa Ugamamu
Mana Kiblatmu

Apa Petunjukmu
Siapa Saudaramu
Nanti jawab mayat
Semua tak tahu.

Aku tak tahu apa reaksi cikgu mereka jika anak-anak aku ni menyanyi lagu ni kat sekolah, dan bini aku bertambah berguling-guling mendengar mereka menyanyi lagu ini pulak..

KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(ikut lagu kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

Dan terkini, sempena musim haji, aku ada menyanyi lagu merapu yang baru dalam kereta, dan malam tadi, si anak update akan carta lagu baru merapu ayahnya yang aku ubah ikut suka hati, iaitu lagu panggilan haji, di tukar kepada upah haji. Kita dengar sama sama.

UPAH HAJI
(ikut lagu panggilan haji)

Upah Haji,
Telah Tiba lagi,
Menunaikan Ibadah,
Orang yang dah mati,

Kerjalah kuat-kuat,
Bila mati upah haji..

Woha!

Moral; Anak-anak cepat belajar, jika korang mahu anak jadi artis, menyanyilah dalam kereta, jika mahu mereka jadi ahli politk, mengumpatlah dalam kereta, jika mahu mereka jadi hafiz, mengajilah dalam kereta, dan jika mahu mereka jadi Da'e, maka berceritalah tentang kebesaran Allah dalam kereta.

Sekian.

Ps: aku mengucapkan selamat upah haji kepada waris yang ada mak bapak yang kaya setelah melancong ke seluruh dunia tapi tak sempat pergi haji, lalu mati, maka, selamat upah haji!

(Lagu latar: Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..)

Thursday, October 7, 2010

mcm2 jenis sterika



ni adalah koleksi peribadi aku....dulu mula2 pindah rumah sendiri mmg teruja untuk hias rumah...mcm2 stail aku buat..last sekali aku buat konsep antik...jadi aku pun hias lah rmh aku dgn barang2 antik...ni lah antara koleksi aku yg ada...lain2 banyak lagi...nanti lah aku tunjuk..

gambar masa musim dorian



saje letak gambo ni.....dah lama tak upload blog...apa yg ada masukkan aje la....ni masa musim durian, gi panjat bukit kg orang asli...tahun depan nak panjat lagi...durian memang sedap2..rasa susu ......peh!!!

terkenang semasa dulu...




walaupun dah dekat 12 tahun kawin tapi rasa mcm baru semalam angkat nikah.....hehehehe

aktiviti kat sekolah




pagi tadi ajar anak murid solat dhuha....ni masa pukul 9.00 pagi tadi.

Wednesday, October 6, 2010

sekolahku yang dah berubah wajah


zon selesa


Dialog Anak Unta Bersama Ibu Unta



Seekor anak unta telah bertanya 3 soalan kepada ibunya.

Soalan 1 :
Kenapa bulu mata kita ni panjang...tak lawa.
Jawab si ibu unta, unta tinggal di Padang Pasir, banyak pasir berterbangan, jadi Allah swt beri bulu mata ni panjang supaya bulu mata ni boleh jadi penghalang daripada pasir masuk ke dalam mata. Bulu mata unta ni saling kait seperti perangkap dan melindungi matanya dari badai pasir yang kuat. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 2 :
Kenapa bonggol kita tinggi sangat, kan tak lawa tu.....
Jawab si ibu unta, unta ni tinggal di tengah padang pasir... sukar nak dapat bekalan air dan makanan, jadi Allah swt jadikan bonggol ni tinggi dan besar supaya dapat menyimpan air sebagai bekalan kita dalam perjalanan. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 3 :
Kenapa kulit kaki kita tebal dan tapak kaki kita besar tak lawa ....tak macam kaki kuda...
Jawan si ibu unta, unta ni tinggal di padang pasir. Dengan kulit yang tebal dan tapak kaki yang besar membantu unta berjalan di padang pasir dengan mudah tanpa terperosok. Selain tu, kulit tebal di bawah telapak kaki merupakan perlindungan terhadap pasir yang membakar.
Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.


Apabila ketiga-tiga soalan ini telah dijawab oleh ibu unta, anak unta ini bertanya lagi pada ibunya....."ibu, Allah swt telah beri tiga kelebihan atau nikmat ini pada kita...tetapi kenapa kita tak dapat rasai nikmatnya?????????????"
Siibu unta terdiam seketika...dan dengan suara yang perlahan, ibu unta menjawab..."kita tak dapat rasai ketiga2 ni sebagai satu nikmat sebab kita tinggal dalam zoo........ sekiranya kita tingga di luar zoo.... barulah kita tahu betapa bulu mata yang panjang, bonggol yang besar dan kaki yang luas ni satu nikmat....." sambung si ibu unta lagi...." kita tinggal di dalam zoo....kita berada dalam zon selesa.... bila berada dalam zon selesa, kita lupa hargai apa yang kita ada...huhuhuhuhu

Monday, August 16, 2010

NAFSU......NAFSU.....

Bismillah hirrahman

Di sebat.

Dahulu ada seorang sahabat (N) yang di kenakan hukuman sebat di sebabkan kesalahan menyeludup masuk barangan terlarang dari Negara jiran.N menceritakan semula detik detik bagaimana hukuman itu di jatuhkan.

Apabila hukuman hendak di jatuhkan,pesalah akan di kejutkan seawal 4 pagi.Tanpa di beritahu dengan terlebih dahulu,pesalah akan di bawa ke bilik rawatan untuk di periksa keadaan kesihatan fizikal tubuh badan mereka.Apabila doktor mengesahkan pesalah terbabit yang akan di jatuhkan hukuman sebat berada dalam kesihatan yang baik,maka hukuman pun akan di jalankan.
dulu ketika zaman sekolah di asrama,malam Jumaat setelah pelajar
selesai membaca Yaasin,warden akan menghukum mereka yang
melakukan kesalahan displin dengan merotan mereka di khalayak ramai.
Ternyata,hampir muka yang sama sahaja yang 'naik' namanya.

Kata N,sebelum dia di jatuhkan hukuman,di dapati ada 2 orang pesalah lain yang baru sahaja di sebat.Kata N lagi,2 orang berkenaan kelihatan terduduk ke lantai akibat hukuman tersebut berkemungkinan disebabkan tidak dapat menahan kesakitan.Namun cerita N,ketika dia pulang semula ke dalam sel,2 orang berkenaan begitu bangga menceritakan saat-saat ketika mereka di sebat.Mereka mengatakan di hadapan rakan rakan yang lain seolah-olah mereka hebat kerana mereka dapat menahan segala sebatan berkenaan.Padahal sebenarnya mereka terkulai layu menahan sakit.

(...Oooo,masih eksen rupanya..)
ini baru demo.itupun dah NGERI
kita sebagai orang biasa-biasa yang melihatnya.
Di penjara.

Kerana seorang pesalah (A) telah di hukum penjara selama 25 tahun,dia terhalang untuk bertemu muka di tempat terbuka dengan pelawatnya melainkan bertemu di bilik khas.Bilik khas tersebut memerlukan si pesalah dengan pelawatnya berbual hanya dengan menggunakan interkom.
penjara atau kurungan?
Adakah itu warisan dari penjajah??

Berikut adalah salah satu perbualan A ketika menerima pelawat :

Pelawat (B) : Ko nak tau,area ko dulu,C dah ambik alih.Dia dah bolot abis.Kita orang pun dia pijak-pijak jugak.Dia nak angkat anak anak buah dia naik atas.
A : #$!@k3 punya C!!! (sambil mengepal penumbuk).Tunggu aku keluar besok.Aku cincang lumat dia hidup-hidup.

(.....aik! Dah kena 25 tahun penjara pun masih nak cincang orang ke???)

Mengapa jadi begitu?

Ya.Kerana nafsu itu sifatnya memang begitu.Keras dan angkuh.Walau telah di sebat bahkan di penjara sekalipun,nafsu tetap degil dan mengekalkan keangkuhan sifatnya.Maka dengan di sebat dan di penjara sekalipun,nafsu belum boleh di didik.

Ada cerita lebih dahsyat????

Si Syaitan Laknatullah.

Kerana tahu yang Nabi Musa boleh berkata kata dengan Allah SWT,suatu hari syaitan telah berupa dengan seorang manusia dan pergi menemui Nabi Musa.Di hadapan Nabi Musa,syaitan telah menyatakan yang dia ingin bertaubat di hadapan Allah SWT tentang kesalahannya yang lalu.Maka Nabi Musa pun memanjat Bukit Tursina lalu menyatakan hajat syaitan kepada Allah SWT.Lalu Allah SWT memberikan syarat bahawa sekiranya syaitan ingin bertaubat,Allah memerintahkan syaitan supaya sujud pada kubur Nabi Adam.

Apabila Nabi Adam mendengar begitu,Nabi Adam pun turun bertemu semula dengan syaitan dengan membawa perkabaran tersebut.Dengar sahaja syarat yang telah di berikan oleh Allah SWT,syaitan terus menolaknya bulat bulat dengan mengatakan,”Ketika Adam masih hidup pun aku tidak sujud kepadanya,inikan pula ketika dia sudah mati.”

Begitulah hakikat dan sifat makhluk Allah yang bernama nafsu.Degil dan terlalu bongkak.

Mari kita lihat asal kejadian nafsu.

Dari kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, menerang bahawa,setelah Allah menciptakan akal,Allah SWT telah menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Akibat dari itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun.

Setelah di keluarkan dari Neraka Jahim,Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan dari neraka Juu’ maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Begitu degil sekalikah nafsu??
Bagaimana kita hendak mengawalnya??

Allah SWT telah memfardhukan kita supaya berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.
Oleh itu :

1. Orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum.
2. Orang yang berpuasa tidak boleh melakukan hubungan jenis.
3. Orang yang berpuasa tidak boleh melihat sesuatu yang di larang.
4. Orang yang berpuasa tidak boleh marah tidak tentu pasal.
5. Orang yang berpuasa tidak boleh menipu.

Semua yang di sebut di atas dan banyak lagi larangan adalah berkaitan dengan NAFSU.Sekiranya perkara tersebut di atas dilakukan samada boleh membatalkan puasa ataupun mengurangkan pahala puasa.

Ya,salah satu cara untuk mendidik nafsu adalah dengan berpuasa....

puasa itu ibarat ‘maintenance’ kepada badan.Seumpama kereta yang memerlukan maintenance bila sampai tempuhnya,begitulah juga badan manusia.Dengan berpuasa sebulan,maka sebelas bulan yang mendatang nafsu kita akan dapat di tarbiah dari kesan kita berpuasa.

Namun tetapi,

Kereta yang telah di maintenance,sekiranya kita menukar alat ganti kereta kita dengan alat ganti ‘local’ dan murah/cap AYAM,maka di sebabkan alat ganti tersebut tidak tahan lama,maka ia mudah rosak.

Dengan demikian,

Untuk mendapat kesan tarbiah dari puasa yang berpanjangan selama 11 bulan berikutnya,maka kita hendaklah berpuasa dengan kadar yang ORI bukan sambil lewa dan menggunakan konsep ‘local’.

InsyaAllah,tinggal lagi lebih kurang 23/24 hari lagi bulan Ramadhan yang tinggal/berbaki.

pastikan kereta kita tidak 'BARAI'
di tengah jalan.Begitu juga halnya dengan puasa kita....

Jom jom perhebatkan keORIan puasa kita!!!



Nota:
Di atas adalah sebahagian dari pengisian Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali di Surau Ibn Khaldun (15 Aug 2010).Sebahagian pula di cedok dari sumber lain dengan harapan tidak mencacatkan isi kandungan Tazkirah.
Posted by WAK at 5:37 PM

Tuesday, August 10, 2010

Bala di bulan Ramadhan

Bayi baru dilahirkan ditemui hidup di dalam tong sampah
11/08/2010 1:37pm

MELAKA 11 Ogos – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh di sini awal pagi ini.

Tangisan bayi tersebut disedari seorang pengawal kilang berkenaan yang ketika itu sedang bersahur kira-kira pukul 5.15 pagi.

Ekoran itu, polis menahan sepasang kekasih yang merupakan pekerja kilang yang merupakan pekerja kilang terbabit, kedua-duanya berusia 18 tahun dan dipercayai ibu bapa bayi berkenaan. – Utusan

Pengajaran:Akibat daripada Hukum Allah tidak di jalankan di muka bumi ini...

Sunday, August 8, 2010

Tazkirah

Kesilapan Di Bulan Ramadhan
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Sunday, May 9, 2010

jalan2 cari makan.....



Malam ni menu Ikan siakap masak stim dengan kankong belacan ngan telor dada...menu sempoi je...tapi eemmm...puas hatilah...tinggal tulang je...itu pun sebab tulang tak leh makan...tapi yang sedapnya air durian belanda blader...peh!!!!!!mmg syok...boleh lah cuba..kalau nak bandingkan menu malam tadi dgn malam ni....sempoi je tapi licin..malam tadi order mcm2 tapi tak habis....nafsu lah tu!!!!esok menu ape pulak yek?????esok kena masak lah pulak...tunggu hari guru ngan hari bapak pulak...nak suruh wife belanja ikan bakar pulak!!!!peh....best gak kan!!!!tapi hari bapak ni bila?ada ke?entah2 dah lopeh.....aku je tak perasan...eh...belum kot???dah ke belum hah???dah ke belum??dah ke belum???aaaahhh....poduliklah dah ke belum...kaum bapak ni tak kisah sgt...tak sambut pun tak pe.....kaum bapak ni mmg hari-hari hari bapak....

Selamat Hari Ibu....





Dua hari ni mmg aku tak bagi isteri masak sempena hari ibu...malam tadi makan kat luar...pekena paprik kat kedai mek siam...tgh hari tadi pi beli kek pastu malam ni nak pi makan luar lagi...perut lapa ni...jap lagi nak makan..makan ape yek malam ni...eemmm pekena tomyam pok tek pun sedap gak malam ni...tak pun pekena sup ekor best gak...tapi sup Utara yg sedap kat Bandar Baru Bangi..peh sedap giler...tapi malam ni nak belanja isteri makan ape2 je yg dia suka...sempena Hari IBU...Dia kan ibu pada anak2 aku..dia masak..dia basuh baju aku...dia sterika baju keje aku...dia banyak uruskan rumah tangga aku...banyak lah lagi..tak tertulis...kalau harap AKU!!!!!heh.....sendiri mau ingat leeeee...

Saturday, May 8, 2010

Kenali Ulama

Kuliah subuh di surau pagi tadi sgt menarik kerana membicarakan tentang Tokoh yang terkenal Iaitu Imam nawawi.Sebelum kita membaca atau mempelajari sesuatu kitab eloklah kita kenal pengarang kitab tersebut agar ada perasaan cinta dan minat yang mendalam dalam pengajian tersebut.Kitab yang diguna dalam kuliah tersebut ialah Tata-tertib pengajian al quran terjemahan daripada kitab"at-Tibyan Fi-Adabi Hamalatil Quran karangan Imam nawawi yg telah diterjemahkan oleh syed Ahnmad Semaid seorang Ulama'dari Singapura.Mari kita mengenali siapakah dia Imam Nawawi..

Imam Nawawi lahir di desa Nawa di daerah khauran sebelah selatan kota Damsyik pada bulan Muharram 131 H. Beliau hidup di kelurga yang sangat menghargai ilmu dien. Alloh Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepada beliau kecintaan kepada ilmu dan hafalan Al quran. Dengan dukungan ayah beliau, imam nawawi memperoleh kemulian besar dalam kehidupan ilmiah.

Imam Nawawi pindah ke Damsyik, tinggal di madrasah untuk menuntut ilmu. Beliau sangat tekun menuntut ilmu agama, hafal ‘at tanbih’ dalam waktu 4,5 bulan, di bulan sisanya di tahun itu beliau menghafal rab’ul muhadzdzab. Beliau belajar ilmu terus menerus hingga menjadi ulama besar dalam fiqh madzhab Syafi’i, dalam bidang hadits dan bahasa.

Imam Nawawi dikenal sebagai seorang alim rabbani, zuhud dalam dunia, wara’ dan beliau hampir tidak pernah berpaling dari ketaatan, kuat dalam amar ma’ruf nahi munkar, menasehati penguasa, tidak takut celaan orang karena Alloh Subhanahu wa Ta’ala.

Beliau memiliki kedudukan yang tinggi yang dikenal oleh ulama di jamannya. Berkaitan dengan ini Syaikh ibn farh menyatakan bahwa Imam Nawawi memiliki tiga derajat yang satu derajatnya saja sangat berat dicapai oleh orang lain, yaitu ilmu, zuhud dan amar ma’ruf nahi mungkar.

Wafat beliau
Nawawi meninggal pada tanggal 14 Rajab 176 H di Nawa. Umur Imam Nawawi memang tidak panjang, tidak lebih dari 45 tahun, meskipun demikian usia yang tidak panjang itu penuh barakah. Umur yang tidak panjang itu, beliau habiskan untuk ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.

Karya Imam Nawawi
Beliau mewariskan peninggallan yang berharga dalam beragam ilmu-ilmu agama, yang dapat dibaca oleh para penelaah, dan pembaca. Disaat beliau diberi kekuatan pemahaman dalam memahami nash, ilmu fiqh, ushul fiqh, mustholah, bahasa dan bidang ilmu yang lain. Diantara karangan beliau adalah Minhaj fi syarah shahih Muslim, Taahdzibul asma’ waal lughoh, Minhajuj tholibin, Ad daqoiq, Tashhihul tanbih fi fiqhil asy syafi’iyah, Taqrib wa tahsin fi mushtolah al hadits, Riyadhus shalihin min kalamisayidil mursalin dan tulisan-tulisan lain yang masih banyak.

Thursday, May 6, 2010

Syaitan

MUKADDIMAH


Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:


إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)


Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.


SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG


إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه


“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Saturday, April 17, 2010

kalaaaaaaahhhhhhhhhh.....





Malam tadi gi stadium bawa org umah ngan anak2....saje nak bawak sbb masa final tak dapat bawak,tapi tak best lah....kalah!!!!!tengok bola kat stadium ni yang bestnya masa final la...yang biasa2 ni kureng sikit....apa2 pun aku harap final tahun ni dapat tgk lagi kalau tak Pahang masuk Nogori pun jadiklah.....dua2 ni kalau masuk salah satu mmg aku nak pegi..
kalau final pahang ngan Nogori aku nak sokong ape yek??lahir kat pahang menetap kat nogori......aaahhh itu Rahsia aku je...tapi apa yg aku tgk bila tgk bola ni ramai tak solat maghrib.....Bola bola jugak solat tu kewajipan, ni sampai takl solat sbb nak tgk bola apa cerita ni!!!!!!macam mana nak solat aku tgk muka dah conteng2 masa sebelum maghrib lagi!!!bila masa pulak nak solat?nak kena basuh balik.hai...tu yang aku tak setuju tu!!!!!tapi masa kat bukit jalil baru ni aku tgk nak solat mmg boleh pun ada surau tapi berapa kerat je yg solat ...yang lain tu Wallahhua'lam....

Wednesday, April 14, 2010

Al-kisah

Pada suatu hari, ketua segala malaikat telah menderhaka kepada Allah, lalu Allah melaknatnya dan menjadilah ia sebagai iblis, dek lantaran keengganannya mengakui akan kemulian manusia adalah lebih mulia dari dirinya…

Maka bermulalah era kewujudan iblis dan syaitan, lalu ia memohon doa panjang umur dan bersumpah akan menjadikan manusia juga ‘iblis’ sepertinya…

Kemudian, sebagai balasan untuk iblis dan syaitan, kelak, Allah akan menciptakan Neraka yang dahsyat membakar…., membakar iblis laknatuAllah sampai bila-bila..

Dan ketahuilah akan bahan bakar api neraka adalah manusia….

Dan mereka yang kapir akan kekal sebagai bahan bakar api neraka membakar syaitan durjana buat selama-lamanya, kekal abadi, No way out, No time limit, never die and forever in time…also never ending story-bad ending!!!

Moral : janganlah jadi bahan bakar api Neraka!!!!

Thursday, March 18, 2010

Tazkirah


Pagi tadi sewaktu aku tgh layari tnet..tiba2 ada call masuk, rupa2nya daripada cikgu sek.men teknik ampangan minta aku bagi tazkirah pada budak2 teknik ampangan pada 25.3.2010 ni...mlm jumaat, lepas maghrib.Dia tanya topik apa yg ustaz rasa nak sampaikan???aku pun tak tau..tak sempat nak fikir...akhirnya aku ckp tajuk tanggungjawab sebagai hamba Allah lah kot...
pastu aku pun dok pikir...apa lah aku nak ckp nanti?????jadi aku pikir sebelum aku sampaikan kat bebudak tu...eloklah aku tulis kan point2nya kat blog ni dulu....setidak2nya dpt juga aku perah idea kat sini...
Mula2 sekali biasalah ta'aruf dulu kemudian intro biasanya aku akan cakap syukur kita kpd allah swt kerana kerana dgn limpah dan rahmatnya pada malam ini allah mengizinkan kita bertemu dan sama2 menunaikan solat maghrib secara berjemaah sbgaimana solat nabi saw. syukur kita sbb allah pilih kita menjadi umat islam dan umat nabi saw.syukur kita krn allah bg kita nikmat Islam,nikmat iman,nikmat Sihat,nikmat akal dan mcm nikmat yg allah bg pada kita yg tak terhitung banyaknya....syukur kita...antara kalimah syukur ialah ucap الحمد لله
tapi cukup kah kita sekadar ucapan????tanpa perlakuan sebagai org yg bersyukur???
SOLAT TANDA SYUKUR
aku rasa aku nak tekan kan pasal solat lah kat bebudak sekolah ni....dua perkara yang aku nak tekankan pada malam tu iaitu solat dan akhlak.....dua2 benda ni lah yg makin terhakis pada anak2 remaja kita hari ni...cuba kita perhatikan di pusat2 membeli belah...tempat solat telah disediakan tapi remaja yg solat dua tiga orang je..tak kiralah lelaki ke pompuan ke...sama je tak silat...nak solat mcm mana pakai pun skirt..rambaut pon warna warni ..kuku pun mcm2 warna...jadi aku nak pujuk2 bebudak malam tu supaya jgn tinggal solat...org yg tak solat ialah ory yg tak bersyukur...ory yg tak bersyukur allah janji azab yg pedih di akhirat nanti......apa yg nabi lihat pada peristiwa israk dan mikraj bg ory yg tak solat??????ory yg tak solat ni dia akan ukul kepala dia dgn batu sampai hancur kemudian elok balik kemidian pukul lagi sampai hancur kemudian elok balik..mcm tu lah sampai habis...sampai bila????sampai bila2 la....
kemudian habis bab solat aku nak sentuh bab akhlak pulak...bab solat ni aku tak dpt nak tulis panjang2...karang tak muat komputer ni..he..he...he...
akhlak sapa yg kita nak ikut????akhlak sapa lagi kalau bukan akhlak idola kita iaitu nabi saw....
banyak akhlak nabi yg aku nak terangkan antaranya ifsyussala....sebar2kan salam....
yg ni aku nak fokuskan
lain2 lagi berkaitan hormat org tua, dan banyak lagi lah kot yg aku nak tazkirahkan pada bebudak SM Teknik ampangan nanti....mudah2an apa yg aku sampaikan nanti dpt dimanfaatkan....kalau tak banyak sikit pun jadilah..kalau tak sikit dapat banyak pun lagi baik...Wallahua'lammm.....

Monday, March 15, 2010

jom berjalan










awal cuti baru ni aku gi sg petani..kawan kawin..dah tua baru nak kawin he..he..he...
malam pertama aku tido kat umah Salman di teluk intan...esoknya baru gerak gi sg petani....sampai sg petani tido umah zaki 1 mlm...ptg tu sempat gi tanjung dawai gi beli ikan bilis..dari teluk intan sampai sg petani wife aku bawah..aku tido kat sebelah...bestgak ddk sebelah niii...dalam perjalanan dari perak ke penang hujan lebat gila...tak nampak jalan...hari ahad gi kenduri Zulkhairi kawin..jumpa Najib ngan salmi ...dah 13 thn tak jumpa...ptg tu balik singgah changkat jering umah Yan ..member maktab...lpas makan malam balik KL...sampai KL pukul 1 pagi...esok balik rembau..sampai rembau pukul 6 ptg..mlm tu terus gi mengajar kat masjid bongek dan malam tu jugak lepas kuliah aku gi kelas pengajian kitab sirussalikin utk mendalami ilmu pulak...

cuti nanti mana pulak nak gi jalan??????

Wednesday, March 10, 2010

kongsi ilmu


Hari Ahad baru2 ni aku adalah menadah kitab turath [kitab kuning laaa]dgn syeh Rauf bin Nurin al Bahanji al Aleey mudir pondok Tampin dgn geng2 Takmir dari Tampin.Kami menggunakan kitab Kasyful Lisam karangan Syeh Zainal Abidin bin Muhammad al Fatoni.Kitab ni ialah kitab masalah furuq dlm fekah.Kalau nak tulis latar belakang pengarang kitab ni mmg panjang jadi aku rasa tak payah lah kot...
aku nak kongsi sikit tentang satu ilmu yg aku sebelum ni tak pernah jumpa dlm kitab, maklumlah kitab2 baru ni tak de dibahaskan...kena menadah kitab lama baru jumpa...
aku tulis ikut apa yg terdapat dlm kitab ok...kasyful Lisam jilid satu ms 6 [bab kodho hajat wal istinjak][masalatun] khilaf Ulama' pd membawa suatu yg tersurat padanya nama yg mua'zzim seperti nama Allah atau Quran atau nama nabi atau nama malaikat kata setengah makruh dibawa akan dia di dalam tandas dan kata setengah haram dan yg muktamadnya makruh [masalatun] jika seorang lupa maka terbawa suatu yg tersurat padanya nama Mua'zzim seperti cincin atau azimat maka teringat ia tatkala termasuk dlm tandas maka hendaklah ia masukkan suatu yg muz'zzim kedalam mulutnya atau dijauhkan drp tubuhnya.....
[persoalan......mcm mana polis yg pakai topi dan tali pinggang yg ada kalimah Allah dan Muhammad?????bagaimana pulak duit arab yg ada tlis kalimah Lailahaillahlah...
rasanya dah terjawab dah jawapan tu.....
kalau bawa masuk nama2 mua'zzim dlm tandas sebab tujuan menghina jelas hukumnya HARAM!!!!tapi kalau kita bawa masuk simpanlah dalam poket cth duit arab...takkan nak tinggal kat luar kottt....hilang lah....sama gak mcm polis..tak kan masuk tandas nak tinggalkan topi ngan tali pinggang kat luar..lesap lah..betultak????...walau apapun dlm kitab ni dia kata muktamadnya makruh...bukan haram....yg haram kalau menghina....

wallahuaklammmm....

Monday, March 8, 2010

Takbirratul ikhram


Mlm ni aku kena sambung kuliah kat ILP...kesian budak2 tu kehausan ilmu agama...kalau aku tak ajar sape lagi..mlm ni aku sambung tajuk bab solat...minggu lepas bab niat..minggu ni bab takbirratul ikhram...dalam takbit tu yang mana rukun????yg baca Allah Akbar tu ke atau yg angkat tangan???? hah...jwb!!!!soalan mudah tu pun kalau tanya ada yg salah, ada yg kata angkat tangan tu yg rukun...baca tu sunat..Hah!!habis mcm mana solat???rukun ngan sunat pun masih lagi kucar kacir???sedangkan syarat solat antaranya ialah mengetahui kaifiat sembahyang...tahu yg mana rukun dan tahu yg mana sunat...tetapi bagi org awan kalau dia tahu yg dlm sembahyang tu ada rukun dan ada yg sunat maka sah bagi mereka{org awam} tapi sape pulak org awam tuuuu!!!!!org awan ni menurut ulama' ialah org yg tak belajar,tak pandai baca...mcm kita hari ni semua belajar bab sembahyang kan.......masa sekolah rendah pun dah belajar..hari ni siap ada kem bestari solat lagi,tambah sekolah ptg lagi,ayah ajar kat umah lagi,kat masjid,kat surau kat tnet,kat TV,kat radiao....semua ada....adakah kita dikira org awam????tak belajar???maka wajib kita belajar!!!!!AllahhuAkbar tu lah rukun....syarat dia banyak tau...dlm kita hidayatul sibyan di senaraikan ada 21 satu syarat...banyak tuuuuuu...apa dia??nantilah aku sambung...panjang sangat nak tulis.....

P/s:syarat takbirratul ikhram telah dipostkan sebelum ini.....

Saturday, March 6, 2010

Zikrullah




Mu'az bin Jabal r.a memberitakan, baginda Rasullulah s.a.w. bersabda bahawa penghini-penghuni syurga, setelah tibanya di syurga, tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun, kecuali masa yg telah berlalu dlm dunia tanpa zikrullah.
Apabila penghuni-penghuni syurga manyaksikan pahala yg bertimbun-timbun laksana gunung, bagi sebutan nama Tuhan yg Maha suci yg disebutkan di dlm dunia hanya sekali shj.Maka dia akan menyesal seraya berkata:"alangkah ruginya aku kerana masaku yg banyak terbuang di dunia tanpa ZIKIR"

Maknanya apa tuan-tuan????????

MAKNAYA PERBANYAKAN ZIKRULLAH......Sambil memandu keta boleh...sambil berjalan,berjoging,sambil rehat2 sebenarnya setiap nafas yg kita sedut,setiap darah yg mengalir, setiap denyutan jantung dalam diri kita tak boleh lalai dari mengingati ALlah...

sama-sama lah kita yeeee....

Friday, March 5, 2010

Berangan-angan



Senjata syaitan yg seterusnya yg ada dalam diri kita ialah panjang angan-angan.panjang angan-angan merupakan penyakit yang membuat umat kuat berkhayal dan ianya adalah penyakit yg teruk lagi membinasakan.
Panjang angan-angan ni kadang2 sampai kita rasa aahhh lambat lagi nak mati......padahal kita lupa yg mati boleh berlaku bila-bila je...penyakit ni adalah salah satu penyakit kalbu yg kronik.mangsa yg kena penyakit ni hanyut dgn khayalan dunia hingga terlupa ada kehidupan akhirat yang kekal selama2nya....kekal sampai bila-bila.....sampai bila-bila tu sampai bila?????????anak murid bertanya....Sampai bila2 lah...ye lah sampai bila2 tu sampai bila???? sampai bila2 lah..tiada penghujung...
Ulama' mengatakan, org yg panjang angan-angan dikuasai dgn keinginan utk hidup dlm jangka waktu yg panjang....seolah2 mcm tak mati lah..rasa mcm hidup selama2nya..rasa2 dpt mencapai apa yg diangan2kan..Dia tak pikir yg mati boleh dtg bila2.Tindak tanduknya mencerminkan dia terus hidup berpanjang...dgn yg demikian dia dikira melakukan maksiat...

rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara.....
waktu muda sebelum dtg tua......
waktu lapang sebelum sibuk....
waktu kaya sebelum miskin....
waktu sihat sebelum sakit.....
waktu hidup sebelum mati....

p/s:nak bertobat ke...nak beramal ke...jangan tangguh2.jgn kata tunggu pencen lah baru nak jadi org masjid atau surau...
berapa ramai yg masa bujang rajin gi masjid......bila kawin je....haram tak nampak muka....
berapa ramai yg masa belum ada anak nampak muka kat masjid...bila dah ada anak...haram tak nampak muko...bila ditanya....nantilah tunggu lapang sikit....bila lapang...nanti lah...akhirnya..nanti lah...nantilah...

tajuk kuliah malam niiiii


mln ni aku punya kuliah kat masjid pulau besar yg menggunakan kitab penawar bg hati karangan syeh abdul kadir bin abdul mutalib al indunesi al mandelii..
dlm bab loba atas berkata....loba atas berkata ni maknanya banyak bercakap2 yang sia2...banyak bercakap ni adalah salah satu drp sifat2 mazmumah.....sifat mazmumah ni maknanya sifat2 tercela....jgn pulak bg nama anak kita mazmumah pulak...makna tak baik le...nanti kat akhirat dia dakwa yg kita ni bg nama tak elok pada dia...
ok..sambung kuliah m/s 33.
kebinasaan atas yg dipuji,maka kebinasaan yg [pertama]bahawasanya yg memuji, terkadang berlebih2an atas yg dipuji, maka jatuh ia kedlm dusta......
huraian...
puji ni ada 4 iaitu, Qadim kpd qadim, qadim kpd hadis,hadis kpd qadim dan hadis kpd hadis.
yg aku nak terangkan bab puji ni ialah puji hadis kpd hadis...apa dia puji hadis kpd hadis...ialah makluk memuji makluk...boleh ke? boleh tapi hakikatnya kembali kpd Allah....
manusia ni kdg kdg bila memuji berlebih2an kadang2 jatuh kpd dusta ..apa maknaya..maknya ialah kita ni kdg puji seseorang tuuu menipu je....nak ambik hati ...betul tak???kalau puji sikit2 tu lain lah..ni kdg2 sampai tak logik...akhirnya apa yg dipuji tu adalah dusta...bila dah dusta dah jadi dosa lah pulak....sbb tu puji sesama makluk ni bukan boleh lebih2...puji boleh ...tapi berpada2.org yg kena puji pulak kdg2 yo..yo je...kembang hidung...padahal org yg memuji tuu tipu jee...nak ambil hati...cth:....contohnya banyaklah...nak tulis tak larat....apa2 pun malam ni ada kuliah kt pulau besar...banyak lah contoh nak bg...wallahua'lam

Thursday, March 4, 2010

Jangan Marah....





Indah nya perbuatan menahan marah digambarkan menerusi hadis berikut.....

"Siapa yg menahan marah,padahal dia dpt melempiaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian dia disuruh memilih bidadari menurut kehendaknya."

[hadis riwayat abu daud dan tarmizi]

dari hadis ni kita disuruh menahan marah walaupun waktu tu kita ni dah meluap2 nak marah...tapi...sabar.......nak bidadari tak??? sape tak nak kan...jadi jgn marah....kalau kita layan marah kita mmg habis lah....putus sedara...putus kawan ..boleh bercerai berai....sbb apa?????sbb kita tak kontrol marah...suami bunuh isteri...anak bunuh bapak...semua sbb tak dpt kontrol marah...kita kena ingat..sabar itu salah satu dari sifat mahmudah...marah pulak sifat syaitan...

SABO.....SABO.....SABO.....

Wednesday, March 3, 2010

panas baran



Hari ini aku nak tulis pasal panas baran.senjata syaitan yang pertama ada dlm diri kita ialah marah atau panas baran.Marah merupakan salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap penciptaan Adam s.a.Sejak keenganannya sujud kepada Adam a.s., sejak itu pula api marah mula membara menjadi cara hidup iblis serta bala tenteranya.Jadi kepada sesiapa yang ada sifat panas baran tu...faham2 lah bahawa sifat itu adalah sifat iblis.jadi bila kita nak mula panas baran tu cepat2 lah kita baca A uzubillahiminasyaitonirrajiim...inilah ayat yg nabi suruh baca bila marah...tak hilang jugak?kita kena duduk kalau masa tu kita berdiri....tak mau jugak berbaring...maknanya kita kena tukar posisi...ambil wuduk...

kesian kepada isteri yg dapat suami panas baran...pingan mangkuk melayang ...penampar hinggap kepipi...kesian3..
bersyukurlah isteri yg dapat suami yg penyabar...AMIN.....

Mudah2 aku dapat belajar menjadi org yang dapat menahan marah....

Kerana tidak dibiasakan...

Sebelum makan lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Lepas makan lagi lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Masuk tandas lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang istighfar ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang selawat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang solat sunat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang berzikir ?
Kerana tidak dibiasakan.

Tahu tapi tak buat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kerana tidak dibiasakan !
Kerana tidak dibiasakan !

Monday, March 1, 2010

Kuliah pengajian Kitab

1.3.2010-Kitab Sirus Salikin Di Madrasah Aliyah Ampangan Jil 1 dan 2
4.3.2010-Kitab Sirus Salikin di Pondok Tampin Jil 3 dan 4
7.3.2010-Kitab Kisyful Lisam di Pejabat Agama Tampin
8.3.2010-Kitab Sirus Salikin Di Madrasah Aliyah Ampangan Jil 1 dan 2
9.3.2010-Kitab Kifayatul MUhtadi di Surau tmn jasmin senawang
14.3.2010-kitab bugyatul Tullab dipondok Tampin
11.3.2010-Kitab Sirus Salikin di Pondok Tampin Jil 3 dan 4
15.2.2010-Kitab Sirus Salikin Di Madrasah Aliyah Ampangan Jil 1 dan 2
18.3.2010-Kitab Sirus Salikin di Pondok Tampin Jil 3 dan 4
21.3.2010-kitab bugyatul Tullab dipondok Tampin
22.3.2010-Kitab Sirus Salikin Di Madrasah Aliyah Ampangan Jil 1 dan 2
23.3.2010-Kitab Kifayatul MUhtadi di Surau tmn jasmin senawang
25.3.2010-Kitab Sirus Salikin di Pondok Tampin Jil 3 dan 4
28.3.2010-kitab bugyatul Tullab dipondok Tampin
29.3.2010-Kitab Sirus Salikin Di Madrasah Aliyah Ampangan Jil 1 dan 2

Jadual pengajian sepanjang bulan Mac

Program Kuliah Bulan Mac

1.3.2010-Kuliah Bahrul Mazi Masjid Bongek
2.3.2010-Kuliah Bahrul Mazi Masjid Kundur Tengah
3.3.2010-Tajwid Masjid Legong Ulu
4.3.2010-Kuliah Fiqh Manhaj as-Syafie surau Desa permai mampong
5.3.2010-Kuliah Kitab Penawar bagi hati masjid pulau besar
8.3.2010-Tazkirah ILP Pedas
10.3.2010-Tazkirah ILP Pedas
12.3.2010-Kuliah kitab Munyatul Musolli
15.3.2010-Kuliah Bahrul Mazi masjid bongek
16.3.2010-kuliah Bahrul Mazi masjid kundur tengah
17.3.2010-Kuliah Bahrul Mazi masjid Legong Ulu
18.3.2010-Kuliah fiqh Manhaj as-syafie surau desa permai mampong
19.3.2010-Kuliah kitab penawar bagi hati masjid pulau besar.
22.3.2010-Tazkirah ILP Pedas
24.3.2010-Tazkirah ILP Pedas
25.3.2010-Tazkirah IKBN Chembong.
26.3.2010-Kuliah Munyatul Musolli Masjid Tg Berangan Sepri.

Jadual kuliah bulan Mac.

Saturday, February 27, 2010

maulid nabi


syeh Fuad kamaludin almaliki


yayasan sofa telah mengadakan maulidnya pada 27.2.2010 bersamaan 13 rabiulawal 1431h.malam tu syeh dari maghribi telah menijazahkan sanad khusus hadis 40 himpunan imam nawawi r.a. semoga majlis diberkati Allah...kita sbg Umat nabi s.a.w jagan lupa berselawat keatasnya sbg tanda cinta dan rindunya ita kepada baginda.dan jagan pula kita tinggal kan sunnahnya.

Tawan puncak gunung datok





semalam aku gi mendaki gunung Datuk kat Rembau yg ketinggiannya 2900 kaki dari aras laut....mmg mencabar betul..dua org anak aku pun ikut..akhirnya sampai puncak setelah 13 tahun menetap kat Rembau ni lah kali pertama sampai.

Maulidur Rasul




Minggu ni memang sibuk dengan maulid nabi.malam Sabtu baru ni kat Pondok Tampin buat majlis Maulid mula dari pagi jumaat baca burdah sambung malam baca Di'baie dan sambung baca kitab sirus salikin berkaitan akhlak nabi oleh Tuan guru ust Rauf bin Nurin Al bahanji al-Aleey.

Thursday, February 25, 2010

RUKUN SEMBAHYANG JEMA'AH.

Ustaz, minta tolong detailkan lagi tentang rukun berjemaah solat .
Kemudian: Jika keadaan surau yang bahagian jemaah lelaki & perempuannya dipisahkan oleh dinding, adakah jemaah perempuan itu tidak boleh berimamkan imam lelaki? Bagaimana if suara imam lelaki itu cukup jelas & mengatasi suara imam P? Perlukah jemaah perempuan membuat jemaah sendiri?

Jawab:
Rukun Qudwah ( sembahyang berjemaah) 10 perkara :

1.Bersatu tempat, salahsatu syarat bersatu tempat adalah 1,BOLEH SAMPAI ke imam atau saf didepan dan 2,MELIHAT atau MENDENGAR suara imam atau mubaligh..
Maka untuk soalan , jawabannya, tidak boleh jemaah makmum perempuan berjemaah dengan jemaah lelaki sebab difardhu taqdirkan sekira-kira, tidak boleh lalu/sampai makmum kepada imam atau kepada makmum lelaki, sekalipun suaranya boleh dengar. Dinasihatkan, bukalah sedikit bahagian hadapan dinding/tabir kain yang memisahkan, sekadar boleh dilalui sekalipun orang perempuan takkan pergi kesitu , demi untuk mengesahkan sembahyang jemaah perempuan yang disebelah atau dibelakang jemaah lelaki atau untuk memberi peluang mereka berjemaah sekali dengan jemaah lelaki. wallahu a'lam.
Soalan tambahan: bagaimana pula jika dimasjid.
Jawab:
Dimasjid tidak disyaratkan boleh lalu dan sampai menurut cara biasa. Maka "Sah" sembahyang jemaah perempuan jika ditutup dan didindingkan dengan tabir kain atau kayu sekalipun, asalkan ade pintu, walaupun pintu berada dibelakang makmum perempuan atau tertutup, asalkan masih disekitar dalam masjid.

2.Sama aturan/ cara kedua sembahyang imam dan makmum. Contohnya tidak boleh berjema'ah antara sembahyang gerhana dengan zohor .

3.Mengikut semua perbuatan imam, maka takbir makmum mestilah kemudian dari takbir imam, tak boleh terdahulu dan terlambat 2 rukun fi'li dari imam.

4.Tidak berlawanan dengan imam, pada sunat yang keji jika tidak dilakukan sedangkan imam melakukannya contohnyai sujud sahwi, atau sunat yang keji jika dilakukan sedangkan imam tidak melakukannya, contohnya sujud sejadah.

5.Berdiri makmum mesti terkebelakang dari imam.

6.Berniat berjemaah. sekurang-kurangnya sebelum turun ruku'.

7.Sembahyang imam sah menurut i'tikad makmum.

8.Sembahyang imam bukan jenis yang kena qada .

9.Tidak berimam dengan makmum.

10.Imam bukan dari martabat yang rendah dari makmum, misalnya imam bukan perempuan, sedangkan makmumnya lelaki.

11. Tidak berimamkan imam yang ummi ( bacaan rukun qaulinya cedera / batal bacaannya) , melainkan jika makmum juga ummi.

12. Mengetahui pergerakan imam , samada melihat sebahagian saf makmum didepan atau berdiri setentang dengan saf dikiri atau kanan atau mendengar suara imam atau mubaligh.

rujuklah dan belilah buku Ustaz Muhammad Saleh bin Haji Ahmad,,, bekas pensyarah Jabatan usul fiqh u.m, ... terjual dipustaka hafiz wisma yakin kl.. tajuknye..{Panduan Solat Berjemah dan Solat Musafir ( jamak dan qasar)}.. satu huraian menurut mazhab Shafie r.a .. cetakan Pustaka Haji Abdul Majid. cover warna merah . Insyallah puas le hati..tapi tulisan jawi le pulak..
Posted by pondokTampin at 10:23 AM 2 comments

Wednesday, February 17, 2010

Dunia di tangan, bukan di hati?

Allah s.w.t Maha Adil yang telah meletakkan kejayaan manusia hanyalah dalam agama iaitu sejauhmana kita dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w disitulah kita akan berjaya. Orang kaya, orang miskin, orang muda, orang tua, orang bandar, orang kampung, orang Melayu, orang Pakistan, orang Arab dan lain-lain akan berjaya jika bawa agama dalam hidup. Malah amatlah malang jika manusia cuba menjauhkan diri daripada agama atau tidak mahu amal agama. Ikan boleh hidup selamamana mendapat oksigen yang berada dalam air. Kehidupan ikan hanyalah dalam air dan beliau tidak boleh hidup di daratan yangmana bukanlah tempat yang Allah s.w.t ciptakan untuk beliau. Apabila ikan tidak mahu untuk berada dalam air maka beliau insyaAllah akan mati. Begitulah kehidupan manusia, jika ambil agama maka akan berjaya tetapi sebaliknya jika tidak mahu ikut cara hidup agama Islam maka ia akan gagal. Oleh itu untuk berjaya, kita perlu ikut orang yang telah berjaya yang mana mereka orang yang terdahulu iaitu para ambia dan sahabat-sahabat nabi s.a.w.

Kita perlu sedar bahawa dunia ini merupakan tempat ujian. Harta kekayaan dan kemuliaan di dunia bukanlah sesuatu yang harus dibangga-banggakan. Kelaparan dan kemiskinan juga tidak harus dianggap sebagai satu kehinaan. Kita kena sedar bahawa ujian bagi pemilik harta adalah samaada kita bersyukur atau tidak. Ujian bagi orang miskin ialah samaada ia dapat bersabar atau tidak. Sebenarnya ujian harta adalah lebih sukar daripada ujian kemiskinan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat lulus dalam ujian harta dan kebanyakkannya gagal. Oleh sebab itu ujian dari segi harta adalah lebih keras. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku tidak berapa takut akan kemiskinan dan kelaparan menimpa kamu; tetapi aku khuatir dunia dan nikmat-nikmatnya akan berkembang ke atas kamu dan kamu terpengaruh dengannya sepertimana orang-orang sebelum kamu yang telah terpengaruh lalu kamu pun dimusnahkan sepertimana mereka telah dimusnahkan”.

Jadi sangatlah mustahak kita semua untuk selamatkan diri daripada fitnah ini(harta). Begitu juga dengan kesempitan kerana ia satu ujian yang perlu kita menahan dengan sabar dan tabah.

Wahai pembaca sekalian, ya mungkin juga ahli keluarga aku, dunia sememangnya kita boleh cari tetapi kita tidak boleh meletakkan dunia itu dalam hati kita. Cuba kita renungkan kehidupan seharian kita yang mana banyak meletakkan kepentingan dunia lebih mengatasi akhirat. Lumrah kehidupan apabila banyak kita berusaha untuk sesuatu perkara maka kecintaan terhadap perkara tersebut terbuku di dalam hati kita tanpa kita sedari. Contoh hari ini kita berlumba-lumba untuk mencari duit yang kononnya dapat memberikan kita kebahagiaan, kesenangan tetapi kita lupa yang bagi kesenangan dan kebahagiaan adalah Allah s.w.t. Tidak salah kita untuk mencari keperluan dunia tetapi kita perlu ingat sejauhmana yang telah kita usahakan untuk perkara dunia dan akhirat. Adakah untuk dunia lebih mengatasi akhirat?

Antara bukti dunia telah terbuku di dalam hati kita ialah dalam solat. Jika dalam solat kita masih ingat perkara dunia, maka sebenarnya dunia sedang mendiami di dalam hati kita. Kita patut risau dan sedih perkara mcm ni. Tanda lain bila hati kita cinta pada dunia apabila berlaku segala kekurangan dalam perkara dunia maka kita akan sedih atau menangis. Hilang wang rm27 sangat sedih, cari merata tempat, gelisah dan tanya orang kot-kot ada orang jumpa. Tapi untuk akhirat dan agama, tidak solat jemaah tidak rasa bersalah pun, sedih pun tidak. Hal ini semua berkait dengan iman. Apabila kebesaran Allah ada dalam hati, cinta pada perintah Allah mengatasi segala-galanya tetapi sbaliknya jika kebesaran makhluk ada dalam hati, maka cinta pada dunia akan mengatasi segala-galanya. Sememangnya kita tidak mampu untuk mengumpul dua cinta di dalam hati.

“Ya Allah, leraikan dunia yang mendiam di dalam hati aku kerana di situ tidak aku mampu mengumpul dua cinta. Hanya cintaMu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang aku bunuh”

Wednesday, February 10, 2010

Saturday, January 30, 2010

PENTINGNYA SUNNAH RASULLULLAH SALLALLAHUALAIHIWASALLAM

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
Posted by azharjaafar



Saturday, January 30, 2010
Hukum Rejam Bagi Penzina (Gambar)
gambar 1.Mayat dibawa keluar
gambar 2.Mayat direjam
gambar 3.Penzina mengucap dua kalimah syahadah sebelum hukuman dilaksanakan.

Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:

Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt :

“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”

Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :

a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)

P/S : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.

Wallahu'alam